6 kelebihan Bismillah dan pelbagai khasiat lain
- Membaca Bismillah sebanayk 21 kali sebelum tidur, dapat mengelakkan gangguan syaitan, kecurian dan bala
- Ucapkan salam dan Bismillah setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian
- Bacakan Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya
- Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya
- Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan
kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah
penyakitnya akan sembuh
- Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca
Bismillah apabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci
dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah
matahari terbenam
- Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka
dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan
bebal
- Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali
ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan,
kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana
- Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang
yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi
lembut
- Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu
sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga
tersebut
- Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya
- Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak)
maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya
sehingga anak-anak yang soleh
- Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah
dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia
akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta
- Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke
atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat
matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan
menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali
- Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu
ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal
selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah
kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang
didengarnya
- Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang
zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau
ketakutan
- Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di
sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga
daripada sebarang bencana
- Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat
- Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan
rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan
dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali
dengan memanjangkan lafaz jalahannya
- Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan
menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada
orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan
- Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah dituliskan lafaz
Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang
sakit kepala itu
- Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah
s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari
Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat
sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai
hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat
Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah
- Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali
dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia
kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya,
hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula
- Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas’ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim, dituliskan baginya
tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan
diangkat dia 4000
darjat.”
- Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.bersabda:
“Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim
kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu
sehingga engkau selesai.
- Dari al-Waqii dan atas-Tsa’labi dari Ibnu Mas’ud r.a.:
- “Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah
yang sembilan belas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir
rahmaanir rahiim. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu
sebagai perisai.”
No comments:
Post a Comment